NASI GORENG ATKINS - PHASE 1

Sebagai orang Melayu, tak sah makan kalau tak makan nasi, betul tak? So bila kena diet cenggini, punyalah seksa rasanya. Bila tengok orang makan nasi, kitapon rasa macam nak rasa sket. Tapi, haipp!! Mana leh rasa-rasa cenggitu. Tu namanya cheating ye tuan-puan. Sekali kita cheat, memang akan terus cheatlah gamaknya. Tak caya, korang try sekali... memula amik sket nasi, lepas tu cuit nasi lemak sket, lepas tu cuit roti canai sket, lepas tu cuit laksa sket.. hmm... memang ke laut la diet korang...

Tapi jangan risau. Semasa wat diet Atkins ni, kita pon leh makan nasi. Tapi bukanlah nasi sebenar ye tuan-puan. Kita gunakan bunga kobis (omputih panggil 'cauliflower'). Sagat je kecik-kecik.. lagi kecik lagi bagus. Memang sebijik cam nasi nanti hasilnya. Ok, ni resepinya...

BAHAN-BAHAN:

Bunga kobis (lebih kurang saiz segenggam penumbuk untuk hidangan seorang makan) - racik/sagat kecik-kecik
1 sudu besar ikan bilis - digoreng rangup dan diasingkan
Sebiji telur
Seulas bawang merah, seulas bawang putih dan 3biji cili api - ditumbuk
Segengam sawi - potong kecil

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi
2. Masukkan sayur sawi dan goreng
3. Masukkan bunga kobis. Kacau kasi agak-agak dah lembut
4. Pecahkan telus dalam sayur-sayuran tu. Gaulkan dan kacau sehingga mesra.
5. Masukkan secubit garam. Kacau.
6. Dah masak, hidangkan dalam pinggan. Tabur ikan bilis tadi di atas nasi goreng tu.

Hidangan untuk 1 orang sahaja.

Maklumat Nutrisi: 2.9g karbohidrat

Nota :
Kalu nak tambah ayam atau udang dalam nasi goreng tu pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing.

0 comments:

Post a Comment