KEK BADAM LEMBUT - ATKINS PHASE 2

Semenjak masuk Phase 2 ni, saya memang menggila mencuba resepi kek. Sebab saya jeles suami makan kek Secret Recipe yang sedap-sedap, takkan saya tengok je kan.. Saya pon ndak gak. So, saya pon godek-godek internet dan terjumpalah resepi ini..


Click to see a close-up

BAHAN-BAHAN:

3/4 cup butter (unsalted) - keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut
1 cup splenda
4 biji telur
1/2 cup whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cups serbuk badam 

1/2 cup serbuk santan
1/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
1 cup air, optional (lihat cara penyediaan di bawah)


CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas.
2. Pukul dengan mixer sehinga sebati dan creamy.
3. Kalau nampak macam keras je, campur air sedikit demi sedikit.
4.  Masukkan dalam bekas pembakar. Bakar pada suhu 180degC selamsa 30-35 atau sehingga warna keemasan.
5. Sebaiknya dah masak nanti terus simpan dalam peti sejuk.

Dapat menghasilkan 12slices.

Maklumat Nutrisin(per slice):
264 Calories; 24g Fat; 6g Protein; 3.5g Fiber; 5g Net Carbs 

Sumber inspirasi : http://www.genaw.com 

2 comments:

  1. Assalam.. splenda tu boleh cari kat mana yerr.. atau boleh ganti dengan stevia..

    ReplyDelete
  2. Assalam.. splenda tu boleh cari kat mana yerr.. atau boleh ganti dengan stevia..

    ReplyDelete