5 SARAPAN MUDAH RENDAH KARBOHIDRAT - ATKINS-FRIENDLY

Bila kita dah agak lama berdiet atkins ni (seminggu pon dah rasa aaaammmat lama, hokey!), kita akan rasa jemu dengan benda yang sama kita makan setiap hari. Asyik-asyik makan benda yang sama.. boring gak, kan.

So saya pon google sana-sini demi mencari sesuatu yang mudah dan cepat untuk disediakan, dan yang paling penting ianya sesuai untuk Atkiners macam saya. Memandangkan saya sudah masuk Phase 2, jadi kebanyakan cadangan di bawah adalah bersesuaian untuk Phase 2 dan ke atas. Tapi jangan risau, sebab Phase 1 pon ada juga terselit sket2.

Saya berikan 5 resepi mudah untuk sarapan.. cukup untuk Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan Ahad kan cuti.. masa tu kita bakar kalori dengan masak yang susah2 plak. Huhu...


1. YOGURT WITH BERRIES

yogurt and berries

Paling mudah dan sedap ialah yogurt yang ditabur dengan strawberi, blueberi dan sedikit hirisan badam. Memang yummy! Dapatkan yogurt low carbs jenis greek yogurt tanpa apa-apa perisa. Tak sampai seminit nak menyediakannya.
 
Net carbs : 7g (bergantung kepada jenis yogurt)




2. CINNAMON "OATMEAL"


Ops, jangan cepat kecewa. Ini bukan oat betul2 sebab oat betul2 xleh makan dalam Atkins.. sebab tu ada tanda " tu. Nak mengatakan yang ianya nampak dan rasa seiras oatmeal tetapi tidak diperbuat daripada oat. Ia sesuai untuk orang yang dah lama teringin nak makan oat kerana diharamkan dalam diet atkins ni.
 
Untuk memudahkan penyediaan pepagi tu, preparelah "oat" anda lebih awal. Bahan-bahan untuk buat oat ialah 1/2cup chia seeds, 1/2cup golden flexseeds, 1/2kelapa parut (yang dijual dalam paket tu pon boleh) dan 2sudu besar serbuk kayu manis. Gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara.
 
Bebila terasa nak makan oatmeal, masukkan je beberapa sudu "oat" tadi tu ke dalam cawan, masukkan air panas dan masukkan 2sudu santan kelapa (boleh gunakan santan segera yg dalam kotak tu). Kacau2, tunggu kembang dalam seminit dan makanlah... yummy!

Nak best lagi.. atas tu taburkanlah hirisan badam, atau buah blueberi atau buah strawberi.

Net carbs : 2.8g

Idea ni saya dapat dari sini: http://holisticallyengineered.com.


3. LEMPENG CHEESE ATKINS

cream cheese pancakes low carb and gluten free

OK, yang ni Phase 1 boleh makan.
 
Teringin nak makan lempeng, tapi kita kan takleh makan anything yang diperbuat daripada tepung. So camner tu? Google punye google saya jumpa resepi best ni di http://www.ibreatheimhungry.com. Senang sangat nak menyediakannya. Bahanpon tak banyak, hanya :

  • 1/4 cup cream cheese
  • 2 biji telur
  • 1 packet stevia (or any) sweetener
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

  • Cara penyediaan pon mudah. Masukkan jer semua bahan dalam bekas dan mix. Biarkan sekejap selama 2min sampai nampak ada gelembung2 udara. Lepas tu tuang je dalam pan dan goring macam biasa. Sedap!!

    Net carbs : 2.5g.


    4. SHASHUKA

    Shakshuka
     
    Shashuka adalah makanan orang Israel. OK..OK.. jangan buat tuduhan melulu kat saya sebelum korang baca habis2 ye. Shashuka ni memanglah resepi depa, dan kalau kita makan bukanlah bermaksud kita akan jadi mereka. Tidak sama sekali. Resepi ni amatlah mudah dan amat sesuai untuk kita Atkiners ni.. sebab tu saya rekemen. Rasanye pon sedap.
     
    Resepi asal diambil dari website minah Yahudi ni : http://toriavey.com. Tapi untuk memudahkan kita yg bizi tak sudah2 ni, beli je tomato puree dalam tin yang low carbs untuk dijadikan bahan base. Memula panaskan sedikit minyak, goring bawang putih dan bawang merah yang diracik, masukkan sedikit cili kisar dan kemudian masukkan tomato puree. Bila dah mengelegak, masukkan telur satu-persatu. Dah siap!
     
    Net carbs <5g/egg.


    5. CUCUR UDANG ATKINS


    Resepi ni saya dapat dari blog http://simplymoilife.blogspot.com. Konfem sedap! Minah ni ada share pelbagai lagi resepi yang best sesuai untuk Atkiners.
     
    OK, untuk buat cucur ni, perlukan bahan-bahan seperti berikut :
    • isi udang
    • 1/2 keeping tauhu petak
    • sebiji telur
    • sedikit garam, lada hitam, daun kucai, cili padi (ikut rasa masing2)
    Caranya.. blendkan isi udang dan tauhu petak. Kalau rasa kering sangat tambahkan air sket. Lepas tu campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau. Pastikan tidak terlalu pekat atau cair. Lepas tu goreng je bulat2 dalam kuali macam biasa. Dah siap!

    Net carbs : <5g.

    Kalau buat bancuhan tu banyak, leh simpan dalam peti sejuk. Next week leh terus goreng jer.

    *************

    OK, itulah serba sedikit resepi mudah untuk kita meneruskan perjuangan dalam mengelakkan daripada ke-laut. Good luck, bebeh!

    1 comment:

    1. Terima kasih atas perkongsiannya saya ambil perkongsiannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.

      ReplyDelete