Bila kita dah agak lama berdiet atkins ni (seminggu pon dah rasa aaaammmat lama, hokey!), kita akan rasa jemu dengan benda yang sama kita makan setiap hari. Asyik-asyik makan benda yang sama.. boring gak, kan.

So saya pon google sana-sini demi mencari sesuatu yang mudah dan cepat untuk disediakan, dan yang paling penting ianya sesuai untuk Atkiners macam saya. Memandangkan saya sudah masuk Phase 2, jadi kebanyakan cadangan di bawah adalah bersesuaian untuk Phase 2 dan ke atas. Tapi jangan risau, sebab Phase 1 pon ada juga terselit sket2.

Saya berikan 5 resepi mudah untuk sarapan.. cukup untuk Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan Ahad kan cuti.. masa tu kita bakar kalori dengan masak yang susah2 plak. Huhu...


1. YOGURT WITH BERRIES

yogurt and berries

Paling mudah dan sedap ialah yogurt yang ditabur dengan strawberi, blueberi dan sedikit hirisan badam. Memang yummy! Dapatkan yogurt low carbs jenis greek yogurt tanpa apa-apa perisa. Tak sampai seminit nak menyediakannya.
 
Net carbs : 7g (bergantung kepada jenis yogurt)




2. CINNAMON "OATMEAL"


Ops, jangan cepat kecewa. Ini bukan oat betul2 sebab oat betul2 xleh makan dalam Atkins.. sebab tu ada tanda " tu. Nak mengatakan yang ianya nampak dan rasa seiras oatmeal tetapi tidak diperbuat daripada oat. Ia sesuai untuk orang yang dah lama teringin nak makan oat kerana diharamkan dalam diet atkins ni.
 
Untuk memudahkan penyediaan pepagi tu, preparelah "oat" anda lebih awal. Bahan-bahan untuk buat oat ialah 1/2cup chia seeds, 1/2cup golden flexseeds, 1/2kelapa parut (yang dijual dalam paket tu pon boleh) dan 2sudu besar serbuk kayu manis. Gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara.
 
Bebila terasa nak makan oatmeal, masukkan je beberapa sudu "oat" tadi tu ke dalam cawan, masukkan air panas dan masukkan 2sudu santan kelapa (boleh gunakan santan segera yg dalam kotak tu). Kacau2, tunggu kembang dalam seminit dan makanlah... yummy!

Nak best lagi.. atas tu taburkanlah hirisan badam, atau buah blueberi atau buah strawberi.

Net carbs : 2.8g

Idea ni saya dapat dari sini: http://holisticallyengineered.com.


3. LEMPENG CHEESE ATKINS

cream cheese pancakes low carb and gluten free

OK, yang ni Phase 1 boleh makan.
 
Teringin nak makan lempeng, tapi kita kan takleh makan anything yang diperbuat daripada tepung. So camner tu? Google punye google saya jumpa resepi best ni di http://www.ibreatheimhungry.com. Senang sangat nak menyediakannya. Bahanpon tak banyak, hanya :

  • 1/4 cup cream cheese
  • 2 biji telur
  • 1 packet stevia (or any) sweetener
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

  • Cara penyediaan pon mudah. Masukkan jer semua bahan dalam bekas dan mix. Biarkan sekejap selama 2min sampai nampak ada gelembung2 udara. Lepas tu tuang je dalam pan dan goring macam biasa. Sedap!!

    Net carbs : 2.5g.


    4. SHASHUKA

    Shakshuka
     
    Shashuka adalah makanan orang Israel. OK..OK.. jangan buat tuduhan melulu kat saya sebelum korang baca habis2 ye. Shashuka ni memanglah resepi depa, dan kalau kita makan bukanlah bermaksud kita akan jadi mereka. Tidak sama sekali. Resepi ni amatlah mudah dan amat sesuai untuk kita Atkiners ni.. sebab tu saya rekemen. Rasanye pon sedap.
     
    Resepi asal diambil dari website minah Yahudi ni : http://toriavey.com. Tapi untuk memudahkan kita yg bizi tak sudah2 ni, beli je tomato puree dalam tin yang low carbs untuk dijadikan bahan base. Memula panaskan sedikit minyak, goring bawang putih dan bawang merah yang diracik, masukkan sedikit cili kisar dan kemudian masukkan tomato puree. Bila dah mengelegak, masukkan telur satu-persatu. Dah siap!
     
    Net carbs <5g/egg.


    5. CUCUR UDANG ATKINS


    Resepi ni saya dapat dari blog http://simplymoilife.blogspot.com. Konfem sedap! Minah ni ada share pelbagai lagi resepi yang best sesuai untuk Atkiners.
     
    OK, untuk buat cucur ni, perlukan bahan-bahan seperti berikut :
    • isi udang
    • 1/2 keeping tauhu petak
    • sebiji telur
    • sedikit garam, lada hitam, daun kucai, cili padi (ikut rasa masing2)
    Caranya.. blendkan isi udang dan tauhu petak. Kalau rasa kering sangat tambahkan air sket. Lepas tu campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau. Pastikan tidak terlalu pekat atau cair. Lepas tu goreng je bulat2 dalam kuali macam biasa. Dah siap!

    Net carbs : <5g.

    Kalau buat bancuhan tu banyak, leh simpan dalam peti sejuk. Next week leh terus goreng jer.

    *************

    OK, itulah serba sedikit resepi mudah untuk kita meneruskan perjuangan dalam mengelakkan daripada ke-laut. Good luck, bebeh!
    Jom makan roti plak lah... Untuk pastikan roti ni rendah karbohidrat, nak buat roti ni kena pakai serbuk badam tau, bukan tepung biasa tu.





    BAHAN-BAHAN:

    1 1/2 cups almond flour
    2 sudu besar serbuk santan
    1/4 cup flaxseed meal (golden if possible)
    1/4 sudu kecil garam
    1 1/2 sudu kecil baking soda
    5 biji telur
    1/4 cup minyak kelapa
    1 sudu besar madu
    1 sudu besar apple cider vinegar

    CARA PENYEDIAAN:
    1. Panaskan oven pada suhu 180C. Griskan loyang.
    2. Gaulkan almond flour, serbuk santan, flaxseed, garam dan baking soda.
    3. Tambahkan telur, minyak, madu dan apple cider vinegar. Gaulkan guna mixer.
    4. Bila dan sebati, masukkan dalam loyang.
    5. Bakar pada suhu 180C selama 30min.



    Sumber inspirasi : http://divaliciousrecipesinthecity.com
    Semenjak masuk Phase 2 ni, saya memang menggila mencuba resepi kek. Sebab saya jeles suami makan kek Secret Recipe yang sedap-sedap, takkan saya tengok je kan.. Saya pon ndak gak. So, saya pon godek-godek internet dan terjumpalah resepi ini..


    Click to see a close-up

    BAHAN-BAHAN:

    3/4 cup butter (unsalted) - keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut
    1 cup splenda
    4 biji telur
    1/2 cup whipping cream
    1 sudu kecil esen vanilla
    1 1/2 cups serbuk badam 

    1/2 cup serbuk santan
    1/4 sudu kecil garam
    2 sudu kecil baking powder
    1 cup air, optional (lihat cara penyediaan di bawah)


    CARA PENYEDIAAN:

    1. Masukkan semua bahan dalam bekas.
    2. Pukul dengan mixer sehinga sebati dan creamy.
    3. Kalau nampak macam keras je, campur air sedikit demi sedikit.
    4.  Masukkan dalam bekas pembakar. Bakar pada suhu 180degC selamsa 30-35 atau sehingga warna keemasan.
    5. Sebaiknya dah masak nanti terus simpan dalam peti sejuk.

    Dapat menghasilkan 12slices.

    Maklumat Nutrisin(per slice):
    264 Calories; 24g Fat; 6g Protein; 3.5g Fiber; 5g Net Carbs 

    Sumber inspirasi : http://www.genaw.com 
    Sebagai orang Melayu, tak sah makan kalau tak makan nasi, betul tak? So bila kena diet cenggini, punyalah seksa rasanya. Bila tengok orang makan nasi, kitapon rasa macam nak rasa sket. Tapi, haipp!! Mana leh rasa-rasa cenggitu. Tu namanya cheating ye tuan-puan. Sekali kita cheat, memang akan terus cheatlah gamaknya. Tak caya, korang try sekali... memula amik sket nasi, lepas tu cuit nasi lemak sket, lepas tu cuit roti canai sket, lepas tu cuit laksa sket.. hmm... memang ke laut la diet korang...

    Tapi jangan risau. Semasa wat diet Atkins ni, kita pon leh makan nasi. Tapi bukanlah nasi sebenar ye tuan-puan. Kita gunakan bunga kobis (omputih panggil 'cauliflower'). Sagat je kecik-kecik.. lagi kecik lagi bagus. Memang sebijik cam nasi nanti hasilnya. Ok, ni resepinya...

    BAHAN-BAHAN:

    Bunga kobis (lebih kurang saiz segenggam penumbuk untuk hidangan seorang makan) - racik/sagat kecik-kecik
    1 sudu besar ikan bilis - digoreng rangup dan diasingkan
    Sebiji telur
    Seulas bawang merah, seulas bawang putih dan 3biji cili api - ditumbuk
    Segengam sawi - potong kecil

    CARA PENYEDIAAN:

    1. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi
    2. Masukkan sayur sawi dan goreng
    3. Masukkan bunga kobis. Kacau kasi agak-agak dah lembut
    4. Pecahkan telus dalam sayur-sayuran tu. Gaulkan dan kacau sehingga mesra.
    5. Masukkan secubit garam. Kacau.
    6. Dah masak, hidangkan dalam pinggan. Tabur ikan bilis tadi di atas nasi goreng tu.

    Hidangan untuk 1 orang sahaja.

    Maklumat Nutrisi: 2.9g karbohidrat

    Nota :
    Kalu nak tambah ayam atau udang dalam nasi goreng tu pon boleh. Ikut kreativiti masing-masing.


    Siapa kata masa diet kat Phase 1 ni xleh makan kek? Haip!! Mestilah boleh.. kita kan diet Atkins. Walaupon diet ni agak strict, tapi banyak juga benda yang kita leh makan. Asalkan kita leh lupakan nasi, mee, bihun, roti, buah-buahan, dan mende-mende manis.

    Arini, saya kasi idea wat kek coklat. Mesti korang dah mengidam nak makan kek dan coklat kan? Meh try resepi ni..

    BAHAN-BAHAN:

    •  
    • sudu besar unsalted butter
    •  
    • sudu kecil esen vanila
    • biji telur

    CARA PENYEDIAAN:
    1. Panaskan oven pada suhu 180degC
    2. Griskan bekas untuk kek.
    3. Cairkan coklat, butter dan air secara double boiler. Kacau-kacau untuk pastikan ia bergaul sebati. Ketepikan.
    4. Dalam bekas yang lain, pukul telur dengan mixer pada HIGH set sampai jadi buih pekat (pukul lebih kurang dalam 6min). Kemudian turunkan mixer setting ke MEDIUM, masukkan splenda dan pukul selama 1 min.
    5. Campurkan coklat cair tadi ke dalam bekas telur tadi. Dan gaulkan sebati.
    6. Masukkan dalam bekas kek dan bakar selama 40-45min.
    7. Kalau nak best lagi, tambahlah whipped cream kat atasnya. Yummy!

    Sebiji kek ini boleh dipotong 12 slices.

    Maklumat Nutrisi (per slice tidak termasuk whipped cream):
    Net carbs 3.5g; fibre 1.9g; Calori 159.3kcal; fat 15g; protein 4.5g

    Decadent Chocolate Cake

    Sumber inspirasi : community.atkins.com


    Siapa kata diet xleh makan kek? Kalau ikut diet atkins ni, kita leh makan kek. Tapi janganlah banyak2 sangat, yang... makanlah sekadar untuk melepaskan gian. Arini makan sepotong, esok makan sepotong.. haaa... gitu! Kita kan tengah diet. Takleh melantak sangat.. nanti kelaut pulak diet kita. Tak gitew?

    Ok, arini saya share resepi kek yang amat mudah. Blueberry lemon cake. Tidak sesuai untuk Phase 1 ye. Dibenarkan untuk Phase 2 dan ke atas sahaja sebab mengandungi buahan beries.


    IMG_6372

    BAHAN-BAHAN:

    1/2 cup butter - cairkan
    1/2 cup sour cream
    1/2 cup tepung kelapa (boleh pakai santan serbuk tuu)
    1/4 cup gula splenda
    1 cup blueberries
    8 biji telur
    2 biji lemon - ambil jusnya
    2 sudu besar esen vanilla
    2 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil garam

    IMG_6365

    CARA PENYEDIAAN:
    • Panaskan oven pada suhu 180degC.
    • Gaulkan bahan kering dalam 1 bekas.
    • Dalam bekas yang lain, pukul telur, kemudian masukkan butter yang cair tu, sour cream, jus lemon dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
    • Masukkan bahan basah dalam bahan kering dan kacau sebati. Masukkan blueberry dan kacau.
    • Masukkan dalam bekas dan bakar selama 80-90mins atau sehingga keemasan dan firm.
    • Eat and enjoy!
    Sebiji kek boleh dipotong dalam 8 slice.

    Maklumat Nutrisi (Per Slice) :
    Calories 223, Total Carbs 11g, Net Carbs 6g, Protein 8g

    Sumber inspirasi : http://divaliciousrecipesinthecity.com

    Sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi dan desert. Ianya mudah disediakan dan sedap yummy! Tak sesuai untuk Phase 1 ye.. hanya sesuai untuk Phase 2 ke atas.

    IMG_5119

    BAHAN-BAHAN:

    2 sudu besar chia seeds
    1 cup coconut milk
    1/4 cup chopped strawberry
    1/2 sudu kecil vanilla essence
    sedikit Stevia (ikut kemanisan masing2)

    IMG_5117

    CARA PENYEDIAAN:
    • Masukkan semua bahan dalam bekas yang boleh ditutup (or any Tupperware with a lid).
    • Goncang2 agar semua bahan bersatu
    • Sejukkan dalam peti sejuk semalaman
    • Eat and enjoy!
    Serves one

    Nutrition:
    600 Calories; 57g Fat; 9g Protein; 22g Carbohydrate; 11g Dietary Fiber; 11g Net Carb
     
    Taken from : divaliciousrecipesinthecity.com